Ramai teruja kemenangan besar Nik Amar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kehadiran Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdulllah dan Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa di majlis amanat pimpinan malam tadi mendapat sorakan gemuruh orang ramai yang hadir.

Kira-kira 1,000 orang yang memenuhi Medan Ilmu di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Kelantan turut bertakbir.

- Advertisement -

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob; Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Mamat dan Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Mohd Amar yang menang dengan majoriti lebih 10,000 undi di DUN Panchor sebelum ini sering berdepan kritikan musuh politik di media sosial.

Namun ternyata musuh politik gagal menggugat kedudukan Mohd Amar, malah sokongan padu pengundi di Panchor semakin bertambah.

Ramai yang hadir mahu bergambar dengannya di samping mengucapkan tahniah.

Kehadiran orang ramai yang ingin bergambar dan bersalam terpaksa dikawal petugas Jabatan Amal bagi memastikan program itu berjalan lancar.

Orang ramai mulai berhimpun di Medan Ilmu selepas solat Isyak.

Menteri Besar tiba di Pejabat Perhubungan PAS Negeri jam 9.10 malam. Cuaca yang agak baik walaupun hujan lebat pada sebelah petang. – HARAKAHDAILY 13/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -