Nama calon MB dipersembah kepada Sultan Kelantan esok

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS telah bersetuju untuk mempersembahkan senarai nama calon Menteri Besar kepada Sultan Kelantan esok.

- Advertisement -

Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika ditemui media selepas selesai mesyuarat jawatankuasa harian PAS negeri dan pusat di kediaman rasmi JKR 10, di sini, hari ini. (Foto atas)

Katanya, keputusan rasmi mengenai calon Menteri Besar Kelantan akan diumumkan pada 15 Ogos, jam 3 petang.

“Kita tunggu pengumuman yang akan diumumkan pada 15 Ogos nanti. Dan malam ini kita telah berbincang dan telah mendapat persetujuan untuk menghantar senarai nama yang telah diputuskan.

“Beberapa senarai nama yang akan dihantar nanti telah pun mendapat persetujuan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” katanya.

Semalam, beliau memaklumkan calon Menteri Besar dijangka mengangkat sumpah pada 15 Ogos ini selepas PERIKATAN NASIONAL (PN) memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN). – HARAKAHDAILY 13/8/2023