ALOR SETAR: Suasana agak bening di waktu pagi dan tengah hari bertukar riuh dengan bunyi hon kenderaan di jalanan sebaik sahaja pusat mengundi ditutup jam 6 petang tadi.
Kebanyakannya memasang bendera PERIKATAN NASIONAL (PN) di kenderaan masing-masing sama ada kereta, lori dan motosikal; dengan laluan trafik menjadi agak sesak terutama di jalan utama.
Sementara penyokong dari setiap lapisan umur berdiri di tepi jalan mengibarkan bendera PN tanda sokongan.
Lebih meriah, trend angkat tangan ‘ala Sanusi’ menjadi ikutan anak-anak muda hinggalah ke kanak-kanak.
Kebanyakan mereka membunyikan hon kereta ataupun motosikal sambil mengangkat tangan tanda sokongan kepada PN.
Dalam pada itu, tinjauan Harakahdaily mendapati tiada kenderaan yang berlegar di jalanan mengibarkan bendera Pakatan Harapan (PH). – HARAKAHDAILY 12/8/2023