Rakyat Selangor perlu mengundi demi perubahan

- Advertisement -

SHAH ALAM: Pengundi di Selangor perlu keluar mengundi beramai-ramai demi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil.

Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik, Sukri Omar berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) penting bagi setiap rakyat Selangor bagi membolehkan mereka melakar perubahan.

- Advertisement -

“Di sini, terdapat tiga saluran dan saya di saluran pertama. Selain itu, saya mengundi di tempat Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi di Sijangkang,” katanya ketika dihubungi.

Pagi tadi, beliau membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kemandol, Jenjarom bersama isterinya, Zainab Omar.

“Alhamdulillah, semasa saya membuang undi bersama isteri di SK Bukit Kemandol, iaitu DUN Sijangkang pada sebelah pagi semuanya berjalan dengan baik dan lancar,” ujarnya.

Sukri turut meninjau suasana pengundian di sekitar Seksyen 7, Shah Alam dan bertemu dengan pengundi.

DUN Kota Anggerik menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Sukri berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Najwan Halimi dan calon Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Azad Akhbar.

Ketika tinjauan HarakahDaily di SK Pelabuhan Utara (DUN Selat Klang) dan SK Teluk Pulai (DUN Bandar Baru Klang) sehingga jam 1 tengah hari tadi, didapati agak lengang. – HARAKAHDAILY 12/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -