
JERLUN: Sebanyak 16 daripada 18 pusat pengundian sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam yang telah dilawati setakat jam 4 petang tadi menunjukkan reaksi positif terhadap PERIKATAN NASIONAL (PN).
Calonnya yang juga penyandang DUN terbabit bagaimanapun berharap mana-mana pengundi yang belum keluar mengundi segera berbuat demikian.
“Saya harap yang belum keluar mengundi segera hadir ke pusat pengundian yang ditetapkan kerana masa membuang undi masih berbaki dua jam sahaja lagi,” katanya kepada HarakahDaily.
Terdahulu, Azhar telahmembuang undi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) 2Padang Perahu,di sini awal pagi tadi.
Pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) lalu, beliau menang dengan majoriti majoriti 537 undi menewaskan Dato’ Aziz Mahamod (PKR) dan Datuk Abu Hasan Sarif (BN).

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini beliau berdepan secara dua penjuru dengan calon PH, Hayazi Azizan.
“Walaupun potensi untuk menang itu ada tetapi mana-mana yang belum keluar mengundi jangan leka. Segera keluar tunaikan tanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, proses membuang undi khususnya di DUN berkenaan berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi dari pihak tertentu. – HARAKAHDAILY 12/8/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!