Anak muda dari Dubai pun pulang mengundi

Ustaz Salim (kiri) bersama pengundi yang pulang dari Putrajaya.
- Advertisement -

POKOK SENA: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood berharap pengundi anak muda merebut peluang dengan keluar mengundi masa berbaki pada sebelah petang.

Pagi tadi, katanya saluran satu penuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Paya.

- Advertisement -

“Namun saluran dua dan tiga masih lengang, ayuh anak muda menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi,” katanya ketika ditemui selepas mengundi di sekolah terbabit jam 8.45 pagi.

Beliau ditemani isterinya, Fauziah Hussin mengundi di sekolah yang sama.

Selepas selesai mengundi, beliau meninjau pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tong Yuh Pokok Sena. Di situ, beliau terserempak dengan calon PN DUN Alor Mengkudu, Radhi Mat Din.

Radhi mengundi di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena. Saluran anak muda di sekolah tersebut begitu ramai.

Ditemui juga anak muda yang pulang dari Dubai bagi menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih.

Ustaz Salim turut menyantuni pengundi di pusat mengundi SK Kejai.

“Alhamdulillah, saya juga menemui pengundi yang pulang dari Putrajaya selesai melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/8/2023