‘Salah undi, rakyat Selangor merana lagi 5 tahun’

Kemunculan Shahidan Kassim dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Fasa 5 Taman Melawati, Selangor pada malam ini, 11 Ogos 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emri)
- Advertisement -

AMPANG: Rakyat Selangor perlu sedar jika salah buat pengundian akan merana lagi lima tahun dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Ahli Parlimen Arau,Datuk Seri Shahidan Kassim berkata rakyat Selangor tidak perlu lagi membiarkan dirinya ditipu oleh Pakatan Harapan (PH) dalam PRN kali ini. 

- Advertisement -

“Kamu semua sendiri boleh lihat apa yang berlaku yang mana pelaburan luar negara semakin kurang, peluang pekerjaan semakin tipis padahal dulu PH sendiri menjanjikan ekonomi yang bagus jika dipilih sebagai kerajaan,” katanya. 

Beliau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penderitaan yang rakyat Selangor lalui ketika di bawah pemerintahan PH. 

“Jadi, takkan nak undi PH lagi bila keadaan sebegini dah berlaku dan jika rakyat masih tidak mengundi PN dalam PRN kali ini maka bersiap sedia untuk tanggung derita ekonomi pada 5 tahun lagi yang akan datang,” katanya dalam program ceramah PERIKATAN NASIONAL Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Padang Awam Fasa 5, Taman Melawati pada malam ini.

Turut hadir ialah Presiden Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru tiba ketika beliau sedang memberikan ucapan. 

Beliau turut menyeru kepada golongan-golongan muda agar mengundi PN dalam PRN Selangor kali ini dalam memulihkan semula peluang pekerjaan dalam negeri Selangor. 

“Maka, saya menyeru kepada golongan-golongan muda supaya berilah kepercayaan kepada PN dalam melakukan sedemikian dengan undi PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -