AMPANG: “Kami PERIKATAN NASIONAL bukan sahaja hanya tahu berdebat tetapi juga hebat dalam pelaksanaan.”
Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Sharifah Haslizah Syed Ariffin berkata, PN merupakan parti yang terbaik dalam menguruskan pelbagai isu di negeri Selangor.
Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Sharifah Haslizah Syed Ariffin berkata, PN merupakan parti yang terbaik dalam menguruskan pelbagai isu di negeri Selangor.
“Ini kerana PN mempunyai pengalaman dalam memerintah Selangor dan boleh lihat sendiri rekod kami memerintah sememangnya bersih,” katanya dalam ucapan Grand Finale Selangor Bangkit Gemilang di Padang Awam Fasa 5 Taman Melawati pada malam ini.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden PN Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Arau Dato Seri Shahidan Kassim; Calon PN Hulu Kelang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan PN, Sasha Lyna Abdul Latif; dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad.
Sharifah Haslizah atau cukup dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Syarifah’ menyeru kepada seluruh rakyat Selangor agar mengundi PN dalam Pilihan Raya Negeri Selangor pada hari esok.
“Berilah kepercayaan kepada kami untuk mentadbir semula negeri Selangor supaya kami dapat bantu membaiki semula keadaan ekonomi rakyat Selangor.
“Maka, saya menyeru kepada seluruh rakyat Selangor agar mengundi PN pada hari esok supaya kami dapat melakukan sedemikian,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/8/2023