KUALA LUMPUR: “Apa pun hutang asasnya ialah wajib dibayar semula walaupun diambil oleh kerajaan.”
Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, kerajaan boleh membayar semula setiap hutangnya melalui proses membiayai semula (refinancing).
“Sama seperti bila seseorang anak berhutang dengan ayah iaitu kaedah tersebut boleh kerajaan gunakan untuk membayar balik semua hutang yang sedia ada secara perlahan-lahan.”
Beliau berhujah demikian ketika menjawab pertanyaaan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramle mengenai bagaimana cara menyelesaikan isu hutang negara sedia ada yang diajukan dalam pusingan ketiga debat ekonomi, Model Baru Ekonomi Malaysia yang bersiaran secara langsung di studio Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur pada malam ini (9 Ogos).
“Tiada istilah hutang dihapuskan sepertimana yang dijanjikan kerana sifat hutang ialah jelas iaitu wajib membayar semula,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/8/2023