Penjelasan 600 ahli Bersatu Rantau Abang sertai Umno

- Advertisement -

DUNGUN: Bersatu Bahagian Dungun memberi penjelasan berhubung laporan media mengenai 600 ahli Bersatu Rantau Abang sertai Umno.

- Advertisement -

Setiausahanya, Tc. Ahmad Tarmizi Ghazli berkata gambar yang tersebar menyatakan Ketua Cawangan Bersatu Gong Pasir, Saidi Abu Bakar yang menyarung baju BN juga tidak benar kerana ketua cawangan tersebut merupakan individu yang lain.

“Pihak Bersatu Bahagian Dungun juga mendapati kehadiran beberapa orang di dalam majlis berkenaan merupakan bukan di kalangan ahl-ahli Bersatu Bahagian Dungun,” ujarnay dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

SATU kenyataan telah dikeluarkan oleh beberapa media di laman sosial berkenaan dengan 600 orang ahli Bersatu Dun Rantau Abang yang dikeluarkan oleh bekas Penyelaras Bersatu Dun Rantau Abang (bagi tahun 2019/2020) saudara Anwar Rosli.

Untuk makluman, keahlian di cawangan-cawangan yang disebutkan itu tidak sampai 300 orang. Berikut jumlah ahli mengikut dua cawangan yang dinyatakan:

a. Cawangan Balai Besar (145 orang)

b. Cawangan Taman Permint lndah (84 orang)

Bersatu Bahagian Dungun ingin memperbetulkan kenyataan bahawa Ketua Cawangan Bersatu Balai Besar bukan bernama Jalaluddin Mohd Zin tetapi ketuanya adalah Dato’ Wira Rosli Mat Hassan sebagaimana di dalam ROS sebelum ini dan juga gambar yang tersebar menyatakan Ketua Cawangan Bersatu Gong Pasir, Saidi Abu Bakar yang menyarung baju BN juga tidak benar kerana ketua cawangan tersebut merupakan individu yang lain.

Pihak Bersatu Bahagian Dungun juga mendapati kehadiran beberapa orang di dalam majlis berkenaan merupakan bukan di kalangan ahl-ahli Bersatu bahagian Dungun.

Hasil siasatan mendapati mereka yang hadir merupakan ahli-ahli daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Kenyataan saudara Anwar berkenaan dengan bantuan yang tidak diterima oleh pihak mereka merupakan satu kenyataan tidak berasas.

Pihak Bersatu Bahagian Dungun diketuai oleh Dato’ Ketua Bahagian sendiri telah membuat agihan secara terus kepada ahli-ahli di cawangan berkenaan semasa pandemik Covid-19 melanda dengan menghantar bakul makanan yang disediakan oleh pihak kerajaan pada masa itu.

Bantuan baik pulih rumah juga telah diusahakan oleh pihak Bersatu Bahagian Dungun dengan kerjasama agensi kerajaan.

Bersatu Bahagian Dungun juga ingin menyatakan bahawa beberapa cawangan Bersatu di peringkat Dun Rantau Abang, antaranya Cawangan Balai Besar, Cawangan Gong Pasir dan Cawangan Rantau Abang tidak membuat persidangan peringkat cawangan selama dua tahun berturut-turut.

Mengikut perlembagaan parti, mana-mana cawangan yang tidak bersidang akan diambil alih oleh jawatankuasa bahagian dan akan melantik semula jawatankuasa cawangan berkenaan sebagai Jawatankuasa Penaja.

Mengenai ahli-ahli Bersatu yang dikatakan bertindak keluar daripada parti dan menyokong Barisan Nasional di cawangan-cawangan yang dinyatakan itu, Bersatu Bahagian Dungun ingin menegaskan bahawa tawangan-cawangan berkenaan dan ahli-ahli cawangan yang setia kepada parti masih lagi kekal bersama.

Bersatu Bahagian Dungun telah pun mengambil tindakan terhadap beberapa individu di dalam majlis berkenaan dengan menghantar laporan kepada pihak lbu Pejabat Bersatu Malaysia untuk diambil tindakan selanjutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15) yang lepas berikutan tersebarnya gambar-gambar mereka di penamaan calon serta berkempen untuk parti Barisan Nasional.

Untuk makluman kepada pihak media, Bersatu Bahagian Dungun telah menjalankan pemutihan keahlian selepas PRU15 baru-baru ini.

Pihak Bersatu Bahagian Dungun sedia maklum isu ini dimainkan sebagai satu cubaan untuk memperlihatkan bahawa Parti Bersatu Bahagian Dungun ini lemah dan ingin mengganggu kempen piihan raya yang sedang diaturgerakkan oleh Bersatu Bahagian Dungun bersama­sama parti PAS Kawasan Dungun dalam matlamat untuk memastikan kemenangan PERIKATAN NASIONAL/PAS dalam pilihan raya kali ini terutamanya di Dun Rantau Abang. – HARAKAHDAILY 7/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!