Kakitangan UPSI stres ikuti program ‘retreat’

- Advertisement -

IPOH: Sebahagian warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berharap campur tangan menteri bagi membatalkan program ‘retreat’ sehingga menyebabkan ada dalam kalangan kakitangan mengalami stres atau tekanan.

Mereka mendakwa ada kakitangan murung kerana diarah menyertai program tersebut atas faktor usia kerana pengisian dengan program berbentuk aktif.

“Program seumpama itu dianggap tidak kompeten dengan tahap dan profesional staf. Sedangkan UPSI lebih terarah kepada pendidikan bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti,” ujar jurucakap warga UPSI. 

- Advertisement -

Namun ujarnya, apa yang berlaku sekarang pensyarah diwajib hadir program retreat ala kursus bina insan sehingga terpaksa tinggal tugas hakiki. 

“Klinik kesihatan ditutup dalam tempoh tiga hari dianggap menyusahkan staf apabila berlaku sesuatu kecemasan sehingga terpaksa pergi ke klinik penal atau hospital,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/8/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!