MIC sokong PN: PMX goyah

- Advertisement -

PERALIHAN sokongan kaum India kepada PERIKATAN NASIONAL semakin mendebarkan Pakatan Harapan. Malah, penyertaan begitu ramai ahli MIC ke dalam PN membuatkan Perdana Menteri ke-10 (PMX) tidak senang duduk.

Situasi ini tidak dapat dinafikan lagi setelah PMX membuat keputusan untuk berjumpa dengan kepimpinan parti MIC bagi meredakan suasana tidak harmoni antara MIC dan Barisan Nasional.

Keadaan ini wujud setelah MIC tidak diberikan kerusi untuk bertanding terutamanya di Selangor sedangkan 44 peratus kaum India di Malaysia tinggal di Selangor. Tindakan BN mengabaikan MIC ni membuatkan MIC seolah-olah orang India tidak memerlukan MIC.

Memang benar PH membariskan 5 orang calon India. Namun sepatutnya, apabila BN bekerjasama dengan PH, kuota untuk calon India perlu diberikan kepada MIC kerana MIC adalah payung kaum India. 

Inilah sikap sebenar Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang langsung tiada semangat setia kawan. Mengabaikan rakan sewaktu sedang kuat dan mula mencari semula rakan apabila sedang tersepit. 

Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada PERIKATAN NASIONAL.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

MEDIA PENERANGAN PERIKATAN NASIONAL SELANGOR – HARAKAHDAILY 2/8/2023

- Advertisement -