Gula-gula PRN: Hipokrasi maha hebat Kerajaan Madani!

- Advertisement -

PEMUDA PAS mengikuti rapat tindakan terbaru pimpinan kerajaan ‘madani’, yang secara terang terangan mengumpan rakyat dengan pelbagai pemberian insentif di kala musim Pilihan Raya Negeri.

Pengumuman bantuan e-wallet RM100 kepada 10 juta rakyat Malaysia pada 27 Julai lepas, secara jelas mempunyai elemen meraih undi dan sokongan daripada rakyat menggunakan mekanisme bantuan yang populis, melibatkan kos sekitar RM1 bilion.

Tanpa menafikan perlunya bantuan dan inisiatif kebajikan diberikan kepada rakyat, apakah kerajaan telah meneliti sebaik-baiknya implikasi kewangan dalam memutuskan pemberian bantuan ini, di saat sumber kewangan negara perlu dibelanjakan dengan efektif? Sekalipun ia baik untuk rakyat, namun agendanya sangat diragukan, di saat undi mereka sedang ditagih. Di mana agenda reformasi yang diperjuangkan, yang kononnya menolak ‘dedak’ seumpama ini?

Selain itu, kenyataan jelas dan memalukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan pemberian dana kepada belia Terengganu sebanyak RM500,000 akan bertambah bergantung kepada ‘prestasi’ belia di sana, secara jelas menggambarkan niat utama pemberian bantuan tersebut yang ingin menagih undi. Malah tanpa segan silu, beliau meminta undi dari belia Terengganu selepas mengumumkan pemberian bantuan tersebut. ‘Reformasi’ sungguh kerajaan madani ini! 

https://www.facebook.com/MindaSeligi/videos/856948429283681/ 

Oleh itu, Pemuda PAS Malaysia ingin menegaskan kepada kerajaan ‘madani’ pimpinan Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan Zahid Hamidi, jangan merendahkan intelektual anak muda dengan gula-gula dan sogokan demi mendapat undi. Kalian boleh cuba mengumpan, namun bersiap sedialah dengan gelombang penolakan rakyat terhadap budaya politik lama dan jijik ini.

NAZIR HELMI
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 31/7/2023

- Advertisement -