Ambil tindakan segera terhadap Zahid Hamidi

Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin
- Advertisement -

JELAS dan nyata bahawa budaya korupsi masih menebal dalam diri pemimpin-pemimpin utama di negara kita.

- Advertisement -

Sehari sebelum hari penamaan calon, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam program politik bersama anak muda di Terengganu telah mengumumkan kelulusan geran sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 untuk Pasukan Motosikal Negeri Terengganu.

Malah selepas pengumuman itu, TPM1 menyebut, “itu baru saya, lepas ni PM naik (Terengganu) dia akan top-up, dia akan tambah, asalkan pada 12 haribulan Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan merah yang ada di negeri Terengganu”.

Jika benar seperti SPRM tegaskan bahawa ‘pemberian geran inisiatif kerajaan bukan suatu rasuah’, kes ini berlainan kerana Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menyalahgunakan inisiatif kerajaan dengan syarat inisiatif lanjut akan diberi seandainya undi diberikan kepada PH dan BN.

Kita sentiasa perjuangkan untuk Malaysia bebas daripada layanan dua darjat terhadap isu rasuah ini.

Jangan kerana ahli politik ini adalah pemimpin negara, kita tutup sebelah mata dan kita takut hendak ambil tindakan.

YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh: 31 Julai 2023 – HARAKAHDAILY 31/7/2023