KUALA KEDAH: Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 meyaksikan perebutan kerusi tiga Parlimen Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kedah bertarung dua penjuru.
Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Mardhiyyah Johari bakal berentap dengan penyandangnya, Dato’ Dr Ismail Salleh untuk merampas kembali kerusi Pengkalan Kundur dari tangan Pakatan Harapan (PH).
Sementara, Rashidi Razak (PN) berhadapan calon PH, Nor Hasita Md Isa, di DUN Anak Bukit, yang mana penyandang Anak Bukit, Dato’ Amirudin Hamzah (Pejuang) tidak bertanding mempertahankan kerusinya pada PRN kali ini.
Sementara, seorang lagi calon muka baru PN Kuala Kedah, Salleh Saidin bakal bertarung dengan Mohd Asmirul Anuar Aris (PH) untuk kembalikan DUN Kubang Rotan daripada terus kekal ditangan pakatan berkenaan.
Sebelum itu, ketiga-tiga calon diiringi ratusan penyokong ke Pusat Penamaan Calon di Pusat Budaya, Sekolah Menengah Jenis (SMJ) Kebangsaan Keat Hwa, di sini, pada hari ini.
Yang Dipertua PAS (Ydp) Kawasan Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi sebelum ini berkata, pihaknya akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan tiga DUN berkenaan kembali ke tangan PN.
Ahli Parlimen Kuala Kedah itu turut hadir bersama pada majlis pengumuman calon, di sini, pada pagi tadi.
Dua ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr Najihatussoleh Ahmad dan Dr Mastura Mohamad hadir bersama untuk memberi sokongan khususnya kepada Mardhiyyah yang merupakan calon wanita muda kali ini. – HARAKAHDAILY 29/7/2023