JERAI: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Baddrol Bakhtiar bakal berentap dalam pertandingan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.
Bintang bola sepak kebangsaan itu bakal dicabar calon Pakatan Harapan (PH), Mohammed Firdaus Johari.
Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini juga menyaksikan pertandingan dua penjuru di DUN Sungai Limau.
PN diwakili penyandang penggal lalu, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat sementara PH diwakili Siti Balkhis Husain.
Baddrol, Azam dan calon PN Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad tiba di Pusat Penamaan Calon, Dewan Lestari Guar Chempedak, pada pukul 8.50 pagi dengan diiringi lebih 3,000 penyokong.
Abdul Ghafar (PN-Guar Chempedak) dicabar dua calon lain iaitu Abdul Paris Abdul Hamid (PH) dan seorang calon Bebas. – HARAKAHDAILY 29/7/2023