Khalil tekad kekal kemenangan di DUN Batu Buruk

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Calon PERIKATAN NASIONAL daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi bertekad untuk mengekalkan kemenangan di DUN tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Menurutnya, sepanjang sepenggal PAS memerintah Terengganu, telah banyak agenda pembangunan dan kebajikan dilaksanakan untuk rakyat.

“Insya-Allah, kita akan terus memacu pembangunan dan perubahan di Negeri Terengganu selepas ini.

“Sekarang adalah masa untuk bekerja bagi mempertahankan kemenangan, bukan sahaja di DUN Batu Buruk, tetapi di seluruh DUN dalam negeri Terengganu,” katanya kepada pemberita.

Dr. Muhammad Khalil hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER) bagi menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.03 pagi tadi diiringi kira-kira 4,000 orang penyokong.

Beliau selaku penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan bertanding dua penjuru dengan calon Pakatan Harapan, Zamir Ghazali.

Proses penamaan calon berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi daripada kedua-dua pihak yang bertanding.

Pada PRU ke-14 lalu, Khalil memperolehi 15,184 undi menewaskan BN, Zamri Awang Hitam yang mendapat 9,896 undi dan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad daripada PKR yang memungut 2,572 undi. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -