Dr Samsuri berdepan calon PH di DUN Ru Rendang

- Advertisement -

MARANG: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal berdepan saingan dua penjuru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS itu dicabar calon baharu daripada Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili PH, Suhaimi Sulaiman.

Keputusan pencalonan itu diumumkan Pegawai Pengurus DUN Rhu Rendang, Lizan Che Mat kira-kira jam 10.12 pagi.

Suhaimi menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi manakala Ahmad Samsuri pada jam 9.20 pagi.

Sebelumnya, Ahmad Samsuri berbaju Melayu putih tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 9.13 pagi bersama lebih 2,000 penyokong.

Ahmad Samsuri yang bertanding buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), memenangi kerusi berkenaan selepas menewaskan dua calon lain dengan majoriti 6,028 undi.

Beliau memenangi kerusi DUN Rhu Rendang selepas memperoleh 13,851 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (7,823 undi) dan calon PKR, Zarawi Sulong (729).– HARAKAHDAILY 29/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -