PN Negeri Sembilan umum calon PRN

- Advertisement -

SEREMBAN: PERIKATAN NASIONAL (PN) Negeri Sembilan, malam ini, mengumumkan nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, mengumumkan nama calon bagi 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada 12 Ogos ini

- Advertisement -

Menurutnya, dua lagi nama tidak diumumkan, iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung dan Jeram Padang walaupun PN telah memutuskan calonnya.

“Masih ada perkara teknikal yang perlu kita perhalusi agar tak mendatangkan masalah pada hari penamaan calon nanti, maka esok saya akan umumkan dua nama itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengisytiharan Calon PN di Dewan Perdana KRS, Bandar Warisan Puteri di sini malam ini. Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Zulkefli Ismail serta Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Bakri Jamaluddin.

Semua calon diumumkan selepas selesai majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, yang juga Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, diumumkan bertanding di DUN Pilah. Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith dinamakan sebagai calon di kerusi DUN Juaseh.

Kedua-dua DUN ini terletak dalam Parlimen Kuala Pilah.

Sementara itu, Ketua Pemuda PN Negeri Sembilan, Danni Rais, iaitu anak tokoh politik veteran, Tan Sri Rais Yatim, turut diumumkan akan bertanding di DUN Klawang.

Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Sembilan, Lee Ban Fatt, akan bertanding di DUN Seremban Jaya.

Daripada 34 nama calon yang diumumkan, seramai 15 orang calon mewakili Bersatu, manakala PAS (13) dan Gerakan (6). – HARAKAHDAILY 27/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -