Kerajaan Madani gagal tunai pelarasan pencen tentera

Dato' Khlir Mohd Nor
- Advertisement -

REMBAU: Sehingga sekarang semua tuntutan yang diperjuangkan bekas anggota tentera terutama berkaitan pelarasan pencen gagal dipenuhi Kerajaan Madani.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Ketereh Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor berkata, tiada satu permintaan bekas anggota tentera ditunaikan kerajaan sekarang.

“Kita minta pelarasan pencen sebagai tuntutan utama. Tahu tak tentera yang pencen sebelum 2013, kalau sarjan mejar pencen dia hanya RM500,” katanya pada Pelancaran Bilik Gerakan PERIKATAN NASIONAL (PN) Dun Rantau di Sendayan Merchant Square malam tadi.

Khlir yang juga bekas Ketua Perisikan Angkatan Tentera Malaysia berkata, pelarasan pencen sebenarnya hak anggota tentera berdasar Akta Perkhidmatan Anggota Tetap.

“Itu hak kita, hak angkatan tentera yang pencen sebelum 2013,” ujarnya.

Oleh itu beliau mengajak semua tentera dan bekas tentera mengundi PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini sebagai protes terhadap hak mereka yang dinafikan kerajaan sekarang.

“Jadi saya amat-amat berharap kepada bekas tentera jangan buang masa lagi, undilah Perikatan Nasional. Kita tidak ada pilihan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!