Exco Pelancongan Perak sila turun dan buat kerja

Dengar suara pemain industri

- Advertisement -

SAYA dengan ini menuntut agar Exco Pelancongan Negeri Perak bersikap lebih mesra dan sentiasa memberikan keprihatinan kepada pemain industri pelancongan di negeri ini.

Ini berikutan laporan sebuah portal berita yang telah mengetengahkan luahan wakil pemain industri pelancongan negeri ini yang mendakwa dan mempersoalkan keprihatinan Exco dalam menjalankan usahasama memajukan sektor pelancongan.

Rujukan laporan (https://peraktastic.com/p1/index.php/komuniti/2543-sikap-exco-pelancongantidak-mesra-dan-tidak-prihatin-lemahkansemangat-industri-pelancongan-perak-zamari-muhyi.html)

Saya dengan ini menyatakan kesediaan untuk memberikan komitmen selain mengadakan perjumpaan dengan wakil persatuan pelancongan tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Saya juga bersedia bertindak untuk membawa perkara ini ke Dewan Negeri sekiranya tiada sebarang tindakan daripada pihak Exco Pelancongan Negeri Perak.

Justeru, saya sekali lagi menggesa agar pihak Exco berkaitan memainkan peranan dan mengambil berat keadaan pemain industri bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara seterusnya membawa sektor pelancongan sebagai salah satu penyumbang tertinggi KDNK negeri.

Sekian. Terima kasih.

YB TUAN HAJI RAZMAN ZAKARIA
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak / Ahli Dewan Negeri Gunung Semanggol – HARAKAHDAILY 24/7/2023

- Advertisement -

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -