
GAMBAR diambil tanggal 24 Julai 2022 di Sungai Besar setahun yang lalu.
Ketika itu terjalin hubungan akrab antara kami atas keyakinan bahawa politik Perpaduan Ummah adalah tuntutan bersama demi memartabatkan maruah agama, bangsa dan negara.
Kami cukup yakin kiranya umat Melayu Islam berpegang teguh pada tali Allah S.W.T sebagaimana perintahNya perjuangan ini akan mampu pergi jauh.
Hari ini semuanya tinggal sejarah. Kami bagaimanapun masih yakin dan berpegang pada prinsip ini malangnya sahabat kami memilih jalan lain.
29 Julai ini kami akan kembali bertarung sesama sendiri iaitu tarikh penamaan calon untuk PRN di 6 negeri.
Sesungguhnya anak-anak bangsa telah beri isyarat jelas dalam PRU Parlimen ke-15 bahawa mereka mahu melihat kuasa politik Melayu bersatu.
PAS menang 43 kerusi, BERSATU 31 menjadikan 74 untuk PN. Umno kerana ijtihad politik Presidennya cuma tinggal 26, pencapaiannya yang paling buruk dalam sejarah.
Sepatutnya pimpinan tertinggi Umno sedar tetapi kerana agenda peribadi masing-masing mereka tidak langsung mahu melihat pada kesilapan mereka itu.
Namun kita tahu di peringkat akar-umbi ahli-ahli dan penyokong mereka cukup kecewa dan tidak dapat menerima umpamanya persekongkolan dengan DAP dan PKR. Hati kecil mereka masih mahukan politik Penyatuan Ummah yang sebenar.
Semoga umat Melayu Islam bangkit lebih besar dalam PRN ke-15 ini memberi isyarat yang jelas dan lantang. Jangan biarkan cinta lenyap di arus zaman (meminjam bait lirik ‘anak kecil main api’ lagu keramat yang sudah tidak didendangkan lagi pimpinan tertinggi Umno hari ini).
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Perhubungan
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 24/7/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!