Bekas profesor, pemain bola bakal wakili PN Kedah

- Advertisement -

SIK: PERIKATAN NASIONAL (PN) Kedah bakal menampil dua bekas pemain bola sepak dan dua ahli akademik bertaraf profesor sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

- Advertisement -

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain itu calon PN dalam kalangan ulama.

“PN memperkenalkan sebahagian daripada pemain-pemain baharu menjelang pertukaran musim ini.

“Musim ini (penggal baharu), kita akan ada dua profesor, dua player bola, ustaz, ulama tak payah kira, memang banyak dan seorang panglima akan duduk di hadapan.

“Oleh itu tuan-tuan sekalian, 12 Ogos ini undilah PERIKATAN NASIONAL,” katanya pada Himpunan Munajat Perdana Memohon Keamanan dan Menentang Kezaliman, di Dewan Al-Hana, malam tadi.

Program anjuran PN turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Setiausaha PN Pusat Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan ahli-ahli parlimen PN.

Kata Sanusi untuk mengenali dan mengetahui lebih lanjut berkenaan calon-calon PN Kedah, orang ramai dijemput hadir ke Kompleks PAS Kedah, 26 Julai ini.

Kedah memiliki 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), di mana PN menguasai 21 daripadanya sebelum DUN dibubarkan 28 Jun lalu.

Pada PRN kali ini 21 kerusi akan ditandingi calon PAS, Bersatu 11 manakala Gerakan (4). – HARAKAHDAILY 21/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!