KOTA KINABALU: Pelajar Cemerlang STPM 2022 terharu selepas menerima kunjungan rombongan Adun Lantikan Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan Dewan Muslimat PAS Sepanggar di kediaman mereka semalam.
Iman Nurain Abdullah dan Nurfarhana Syahira Sabindo yang menuntut di Kolej Tingkatan 6, Kota Kinabalu mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi gred 4.00.
Dr Aliakbar berkata, hanya pendidikan sahaja mampu membawa keluar keluarga daripada taraf kemiskinan.
“Saya ucapkan tahniah dan semoga selalu sukses, paling penting jangan tinggal ibadat walaupun di mana sahaja kita berada,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Pelajar Cemerlang STPM.
Dr Aliakbar turut menyampaikan cenderahati kepada pelajar berkenaan. Hadir sama ahli-ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Sepanggar. – HARAKAHDAILY 19/7/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!