Laungan ‘hidup Sanusi’ sambut MB di lapangan terbang

- Advertisement -

ALOR SETAR: Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor disambut lebih 2,000 penyokong PERIKATAN NASIONAL (PN) sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.

- Advertisement -

Beliau diiringi Setiausaha Politiknya Mohammad Hilmi Abdul Wahab tiba Balai Ketibaan kira-kira jam 4.30 petang.

Ketibaan Menteri Besar disambut dengan laungan takbir dan ‘Hidup Sanusi’ sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan.

Antara yang hadir Pesuruhjaya PAS Kedah Dato’ Ahmad Yahaya, Timbalan Pesuruhjaya Dato’ Dr Mohd Hayati Othman dan Ketua Penerangan Mohd Azam Abdul Samat.

Isteri Menteri Besar Tok Puan Jusmalailani Jusoh turut kelihatan.

Sanusi melambai-lambaikan tangannya kepada orang ramai yang hadir sebelum dibawa ke kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Awal pagi tadi ditahan anggota polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sekysen Selayang atas dua pertuduhan membabitkan ucapannya pada satu program politik di Selayang, 11 Julai lalu. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!