Kerjasama PKWR, sekolah urus masalah pelajar

- Advertisement -

PADANG BESAR: Gandingan kerjasama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) dan pihak sekolah dapat memastikan pelajar yang bermasalah diurus dengan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf Dun berkata, kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing demi kepentingan dan masa depan mereka.

- Advertisement -

“Alhamdulillah, saya menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman di PKWR Dewan Undangan Negeri (DUN) Beseri yang diketuai oleh Pengetua SMK Tengku Suleiman sendiri.

“Banyak perkara dibincangkan untuk memastikan hubungan dua hala diantara sekolah dan pusat khidmat berjalan dengan baik,” katanya.

Menurutnya, antara agenda utama adalah memastikan pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai masalah sosial dan keluarga dapat diurus bersama demi kepentingan dan masa depan mereka.

“Masalah sosial pelajar sekolah menjadi antara perkara yang mendapat perhatian saya,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/7/2023

- Advertisement -