LONDON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengadakan perbincangan rasmi pertamanya mengenai ancaman dan risiko teknologi kecerdasan buatan (AI) pada minggu ini di New York, dengan Britain menggesa dialog antarabangsa mengenai kesannya terhadap keamanan dan keselamatan global.
Kerajaan di seluruh dunia sedang mempertimbangkan cara untuk mengurangkan ancaman teknologi AI yang boleh membentuk semula ekonomi global dan mengubah landskap keselamatan antarabangsa.
Britain memegang jawatan presiden bergilir Majlis Keselamatan PBB bulan ini dan telah mencari peranan kepimpinan global dalam peraturan AI, lapor Reuters.
Setiausaha Luar Britain, James Cleverly akan mempengerusikan perbincangan tersebut pada esok, Selasa (18 Julai).
Pada Jun lalu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyokong cadangan beberapa eksekutif teknologi berkenaan untuk mewujudkan badan pemerhati AI antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). – HARAKAHDAILY 17/7/2023