Mesyuarat khas SPR bincang PRK Kuala T’ganu 18 Julai

Datuk Ikmalrudin Ishak
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 18 Julai (Selasa) ini.

- Advertisement -

Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan PRK itu.

Menurutnya, semalam SPR telah menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah yang membatalkan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.036 Kuala Terengganu pada 19 Novembe r 2022 yang lalu.

Katanya, mesyuarat khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 13/7/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!