KOTA BHARU: Pada tahun lepas veteran DAP Lim Kit Siang dilapor menganggap ‘gelombang hijau’ boleh menjurus kepada Malaysia menjadi sebuah negara Islam.
Dan sekarang anaknya pula Lim Guan Eng dilapor menyatakan ‘gelombang hijau’ akan merobohkan kuil di Pulau Pinang.
Kenyataan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu diucap pada program keagamaan sempena Jelajah Raja Naga Putih Tian Fu Gong di Jelutong baru-baru ini.
Psikososio dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Zulkeflee Yaacob berkata, isu tersebut dilaporkan akhbar China Press dan portal Malaysia Now.
Katanya, menurut laporan China Press Guan Eng memberi amaran kepada pengundi di Pulau Pinang tentang gelombang hijau” akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnah dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.
Manakala Malaysia Now pula melapor Guan Eng memberi amaran sesiapa menyokong gelombang hijau akan dianggap sebagai pembelot dan pemberontak.
“Kemudian kedua-dua media terbabit membuat pindaan kepada petikan dengan menggantikan perkataan tokong kepada kuil India dan mengeluarkan perkataan Buddha,” katanya di sini.
Menurutnya kenyataan pemimpin DAP terbabit secara terang-terangan menuduh orang Melayu keterlaluan dalam usaha meraih kuasa dalam persaingan politik.
Sedangkan apa yang sebenar berlaku kata beliau pemimpin DAP sering melontar batu sembunyi tangan terhadap isu perkauman.
“Ramai pengkaji politik melihat gelombang rakyat boleh menjadi tsunami atau ternado bakal meranapkan ego pemimpin DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/7/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!