Bayer Leverkusen menandatangani pemain tengah Switzerland, Granit Xhaka dari Arsenal dengan kontrak lima tahun.
Butiran kewangan tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan kelab Jerman itu membayar 25 juta Euro (AS$27.19 juta) untuk pemain berusia 30 tahun itu.
Xhaka menyertai Leverkusen pimpinan Xabi Alonso selepas menghabiskan tujuh musim bersama Arsenal dengan membuat 297 penampilan, menjaringkan 23 gol dan 29 bantuan, serta membantu kelab itu memenangi dua Piala FA.
Namun, Xhaka bukan baharu di liga Jerman kerana pernah beraksi selama empat tahun bersama Borussia Moenchengladbach sebelum menyertai Arsenal pada 2016.
“Saya tahu liga ini dari dalam dan luar. Saya tetap menonton perlawanan liga ini ketika di London. Bayer 04 adalah kelab yang mempunyai sejarah mengagumkan dan mempunyai sasaran yang bercita-cita tinggi,” kata Xhaka.
“Di atas segalanya, saya melihatnya sebagai sebuah kelab dengan masa depan yang hebat. Semua orang di sini bercita-cita tinggi dan mahu mencapai sesuatu – saya sangat menantikan beberapa tahun akan datang.” – REUTERS