Bas percuma tingkat semangat mahasiswa balik mengundi

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Jabatan Pembangunan Mahasiswa Kelantan merakam penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi untuk pulang mengundi.

- Advertisement -

Pada kenyataannya jabatan berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Meteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob di atas inisiatif itu.

“Semoga dengan adanya kemudahan perkhidmatan bas dapat menaik semangat dan dimanfaat sebaik mungkin seluruh mahasiswa dan siswi Kelantan untuk pulang mengundi dengan selamat dan diharap ia berjalan lancar.

“Ayuh kepada seluruh mahasiswa bersama-sama kita pulang ke kampung halaman bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Satu undi daripada anda akan menjadi penentu masa depan negeri ini. Kami akan menanti kepulangan pengundi mahasiswa,” ujar kenyataan tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kerajaan negeri turut menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk mengangkut pelajar pulang mengundi. Kepulangan mereka disambut pemimpin kerajaan.

Ramai pelajar yang pertama kali merasai pengalaman mengundi teruja pulang ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih. – HARAKAHDAILY 7/7/2023