Pemain Turkiye jadi pilihan Atletico

- Advertisement -

Atletico Madrid menandatangani pemain pertahanan Turkiye, Caglar Soyuncu dengan kontrak empat tahun selepas kontrak pemain itu bersama Leicester City berakhir.

- Advertisement -

Soyuncu dan enam pemain lain meninggalkan Leicester apabila kontrak mereka tamat pada Jun, berikutan penyingkiran kelab dari Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Leicester dari kelab Bundesliga Jerman, Freiburg pada 2018 dan membuat lebih 130 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan.

Soyuncu turut mewakili pasukan kebangsaan Turkiye dengan memperoleh lebih 50 cap, sejak penampilan sulungnya dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden pada Mac 2016. – REUTERS

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!