Kos PRN 6 negeri RM420 juta

Abdul Ghani Salleh (tengah) ketika mempengerusikan sidang media Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Putrajaya, pada hari ini, 5 Julai 2023. (FOTO: HARAKAHDAILY/Zubair Yusoff)
- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 enam negeri yang dianggarkan memerlukan  peruntukan sebanyak RM420 juta.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, angka tersebut sebagai jumlah yang rasmi yang bakal dibelanjakan bagi melaksanakan PRN DUN ke- 15 menjelang hari pengundian pada 12 Ogos 2023 di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

- Advertisement -

“Sebanyak 173 pusat penamaan calon (PPC) dan 186 pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) akan digunakan.

“Seramai 153,760 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU DUN Ke-15, manakala sebanyak 3,190 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 17,048 tempat mengundi/saluran,” katanya  dalam sidang media PRN DUN ke-15, di sini, hari ini.

Menurutnya, sebanyak  260 pusat mengundi akan digunakan bagi pengundian yang mengandungi 377 tempat mengundi/saluran awal. 

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 3,450 buah dengan 17,425 tempat mengundi/saluran,” ujarnya.

Tambah beliau, pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/ atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7018/ 7218/ 7124 atau melalui aplikasi MySPR Semak.

“Semakan juga boleh dibuat mulai 17 Julai 2023 (Isnin) ini,” katanya. –HARAKAHDAILY 5/7/2023

- Advertisement -