MASALAH air berlaku di beberapa lokasi dalam Pasir Mas dan juga Rantau Panjang. Berapa lama dah berlaku? Banyak bulan dah.
Bakpo berlaku? Sebabnya Loji Rawatan Air (LRA) Kelar drop 30 peratus. Sini hilang 25MLD berbanding sebelum el-Nino yakni kemarau baru ni.
Jadi gapo usaha AKSB? Tak buat gapo gapo kah? Atau ada apa-apa ikhtiar? Baik ni nak royat.
Antara usaha segera yang dibuat:
Jangka pendek
1. Perhidup semula Telaga Lama Rantau Panjang (dah siap, dah berjaya tambah 2 MLD). Ni ambo cerita dah dalam posting sebelum ni.
2. Membina Terusan Semubar, dan loni 60 peratus siap, serta akan mampu tambah 20 MLD lepas siap nanti. Video di bawah adalah kerja-kerja menggali terusan berkenaan.
3. Tambah kecekapan LRA Kelar (sentiasa berjalan) bagi mengelakkan ‘plant loss‘ ataupun kehilangan air di loji. Ia berlaku di mana mana loji, tapi sedaya upaya akan dikawal dan dikurang atau dielakkan.
4. Mengawal tekanan air di tempat tempat paling kritikal. Usaha ini sentiasa berjalan sokmo.
Jangka panjang
1. Bina LRA Kelar 2 (telaga tiub ujian – ‘test well’ telah dibina 2 unit). Selepas ‘test well‘ memberikan hasil yang diingini, akan bina LRA Kelar 2, insya-Allah. Pakat doakan.
Apa pun terima kasih Kerajaan Negeri Kelate, tahniah AKSB atas usaha berterusan.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 3/7/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!