Kesedaran kesihatan reproduktif dipertingkatkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keperihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif.

- Advertisement -

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini dilakukan melalui agensi di bawah seliaan KPWKM, iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Usaha ini adalah untuk membantu orang awam, terutama mengelakkan remaja terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung di luar nikah,” katanya ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.

Nancy berkata, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial atau PEKERTI yang dibangunkan sejak 2009 dan dikemas kini pada 2022.

Katanya, antara usaha pendidikan tidak formal yang dilaksanakan adalah seperti Pusat Remaja KafeTEEN serta meningkatkan kompetensi pendidik termasuk memperkasa ibu bapa dan golongan orang kurang upaya berkaitan isu kesihatan reproduktif.

“LPPKN membuka 18 Pusat Remaja KafeTEEN untuk meningkatkan akses kepada maklumat serta perkhidmatan kesihatan reproduktif, khidmat kaunseling psikososial serta program pendidikan dan pembangunan kemahiran untuk golongan remaja.

“Sehingga kini, lebih 840,000 remaja menerima manfaat menerusi program pendidikan dan perkhidmatan kesihatan reproduktif yang disediakan di Pusat Remaja Kafeteen,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -