
TEXAS: Seorang kru maut dalam kejadian ngeri di Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio, selepas mangsa disedut oleh enjin sebuah pesawat.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dalam kenyataan pada Ahad (25 Jun), waktu tempatan berkata, insiden berlaku pada pada malam Jumaat (23 Jun) itu melibatkan Penerbangan Delta 1111 yang tiba di San Antonio dari Los Angeles, lapor USA Today.
“Mangsa sedang menuju ke pintu pagar apabila pekerja itu kemudian disedut ke dalam enjin pesawat itu.
“NTSB terus mengumpul maklumat mengenai acara itu,” kata NTSB.
“Lapangan Terbang Antarabangsa San Antonio mengesahkan kejadian itu berlaku di lapangan terbang itu,” ujar satu kenyataan.
“Kami amat sedih dengan kejadian ini dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa ketika mereka memulakan siasatan mereka.
“Kami akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila butiran tersedia,” kata kenyataan itu sambil menambah bahawa kejadian itu kini sedang dalam siasatan. – HARAKAHDAILY 26/6/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!