Anak muda diajak pertahan kerajaan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan khususnya anak muda diingat mempertahankan kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata jika diberi ruang kepada PH dan BN memerintah Kelantan, negeri itu akan kembali sebagaimana sebelum ini termasuk hiburan yang tidak terkawal.

Katanya kerajaan PH telah memperlihatkan wajah sebenar mereka setelah diberi kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“Berbanding kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) yang mentadbir negara setelah kerajaan PH tumbang, di mana banyak perubahan yang dilaksanakan kerajaan PN ketika itu,” katanya pada program Pentas Anak Muda Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan petang tadi.

Lebih 1,000 anak muda hadir pada program yang bermula selepas solat Asar. Turut hadir timbalannya Muhammad Abdul Malik Abdul Karim.

Menurutnya juga masalah bekalan air yang dibangkit di Kelantan sebelum ini banyak yang telah diselesaikan dan pembangunannya dilaksanakan secara berterusan mengikut jadual ditetapkan.

“Bagaimanapun kerajaan yang didakwa Madani hari ini telah menyekat beberapa perkara yang telah dipersetujui kerajaan Pusat sebelum ini,” ujarnya.

Oleh itu tambahnya, tidak ada sebab anak muda menolak PAS atau PN di Kelantan pada PRN tidak lama lagi.

Kata beliau sekiranya zaman almarhum Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat anak muda boleh berhibur dengan batas yang ditetapkan begitu juga di zaman pentadbiran Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 24/6/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!