SHAH ALAM: Wanita Perikatan Nasional (PN) Selangor akan memberi tumpuan khusus di Dun yang ditandingi calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Wanita PN negeri, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, tumpuan diberi di Dun-Dun yang ditandingi calon wanita PN tanpa meminggirkan Dun-Dun lain.
Timbalan Ketua Wanita PN Selangor Wan Hasrina Wan Hassan berkata, tumpuan diberi di Dun-Dun yang ditandingi calon wanita PN tanpa meminggirkan Dun-Dun lain.
“Ini kerana sekiranya hanya Dun yang ditandingi calon wanita sahaja menang, Dun lain tidak menang, PN tidak boleh lagi membentuk kerajaan di Selangor.
“Kali ini kita masuk pilihan raya untuk menang bergaya sehingga dapat membentuk kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini.
Wanita PN Selangor diketuai Dato’ Seri Rina Mohd Harun, timbalannya Wan Hasrina, naib ketua Jumiah Jonid yang juga Ketua Wanita Gerakan Selangor.
Wan Hasrina juga berkata, hubungan Muslimat PAS dengan Serikandi dan Wanita Gerakan semakin rapat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk sebelum ini.
“Alhamdulillah kita dapat bergerak seiring bagi menghadapi PRN. Mesyuarat sudah banyak siri diadakan. Minggu lepas kita bermesyuarat bagi merancang gerak kerja wanita PN di Selangor,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/6/2023
Ikuti wawancara ekslusif dalam akhbar Harakah cetak edisi Isnin ini.
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!