NRW jadi punca gangguan air di Lembah Klang

- Advertisement -

BIASA yang kita dengar gangguan air di Selangor ni disebabkan pencemaran sungai, tapi sebenarnya NRW juga menjadi punca rumah kita tiada air. Jadi NRW ini apa sebenarnya?

NRW ni akronim kepada Non-Revenue Water (Air Tidak Terhasil). Untuk mudah faham, jika Loji Rawatan Air agihkan bekalan air sebanyak 10 galon, tapi jumlah bacaan meter yang sampai kepada pengguna adalah 8 galon, maksudnya ada lagi 2 galon yang hilang. Maka 2 galon ini disebut sebagai Air Tidak Terhasil (NRW).

Sekitar 75 peratus kes NRW adalah akibat kebocoran iaitu paip dan tangki pecah, 20 peratus kes lagi disebabkan kecurian air dan bacaan meter tidak tepat, manakala bagi 5 peratus kes lagi adalah penggunaan yang sah tetapi tidak dibilkan seperti kegunaan bomba dan sebagainya.

Faktor kebocoran paip ini menyumbang kepada kadar NRW yang tinggi di Selangor. Paip ini mudah bocor kerana usianya sudah mencecah 30-40 tahun, dan paip ini pula diperbuat daripada jenis ‘abestos cement’, memang jenis ini agak mudah pecah bila sudah berusia.

Berdasarkan maklumat, terdapat hampir 6,000 km paip di Selangor sudah kritikal dan perlu ditukar segera untuk mengurangkan kadar NRW ni. Tapi bakal mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari kata dalam setahun, kerajaan hanya mampu tukarkan secara purata 150 km sahaja kerana mengambil kira pertimbangan kewangan negeri.

Kalau setahun 150 km, jadi nak siapkan 6,000 km itu kena ambil masa 40 tahun. Wah! berapa lama kerajaan nak setelkan masalah ini?

Formulanya, bila lebih banyak paip usang diganti, kadar NRW akan menurun, maka kadar kebolehgunaan air meningkat. Kesannya kos pengurusan air berkurang dan isu gangguan bekalan air dapat diturunkan.

Dewan Undangan Selangor pun akan dibubarkan 23 Jun ini. Jadi ayuh bersama memberi undi kepada PERIKATAN NASIONAL untuk mentadbir urus isu air ini dengan lebih baik demi kehidupan rakyat Selangor yang lebih sempurna.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 22/6/2023

- Advertisement -