449,618 pekerja ekonomi gig carum PERKESO

Mustapha Sakmud
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 449,618 orang pekerja ekonomi gig berdaftar dan aktif mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat 4 Jun lalu.

- Advertisement -

Timbalan Menterinya, Mustapha Sakmud berkata, seramai 173,150 orang daripada jumnlah itu adalah pekerja p-hailing dan e-hailing.

Katanya, kementerian melalui Bajet 2023 telah diberi peranan untuk melaksanakan Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders.

“Program yang dilaksanakan oleh PERKESO menyediakan elaun sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada Gig Rider yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal.

“Setakat ini, 325 permohonan telah di terima,” katanya ketika Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rushdan Rusmi

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) yang meminta kementerian menyatakan langkah kawalan yang telah, sedang dan akan diambil bagi memastikan ekonomi gig mampu memberikan kemampanan ekonomi dalam kehidupan sekarang.

Sementara itu, Rushdan ketika soalan tambahan meminta jaminan kementerian bagi memastikan golongan berkenaan dapat bekerja dalam persekitaran selamat dan kondusif, selain mendapat bantuan kesihatan, mental serta sokongan psikososial,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023.

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -