KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta menyatakan apakah jaminan kerajaan bahawa perjanjian penyelesaian sempadan yang baru ditandatangani antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara.
Ini khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang.
Demikian soalan yang dikemukakan Datuk Seri Takiyuddin Hassan [PN-Kota Bharu ] pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang disenaraikan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta Menteri Kewangan menyatakan rasional penjualan aset kompleks produksi filem dan televisyen Iskandar Malaysia Studios (IMS) seluas 49 ekar yang bernilai RM32 juta di Iskandar Puteri, Johor Bahru kepada sebuah firma Singapura.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan kesan perubahan cuaca, ancaman bencana alam, serangan penyakit dan perosak terhadap pengeluaran bahan makanan di negara ini sepanjang dua tahun lalu serta langkah mitigasi yang telah diambil untuk mengurangkan impaknya terhadap sekuriti makanan negara.
Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan dan langkah Kerajaan terhadap isu kependudukan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang mendiami tanah Kerajaan sebagai tempat tinggal.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan perancangan Kementerian bagi memperluaskan penanaman komiditi lada hitam di Semenanjung seperti mana yang dilaksanakan di Setiu.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor [ Ketereh ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha untuk mengesan warga China yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong tapi tidak pulang ke negara asal sehingga sekarang.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Kewangan menyatakan :-
(a) sejauh mana usaha Kerajaan untuk memastikan orang awam berkenaan menuntut semula Wang Tidak Dituntut (WTD) sejak sekian lama yang beranggaran RM11 bilion; dan; dan
(b) bagaimana Kerajaan menggunakan faedah yang diperoleh sebanyak RM250 juta hasil pelaburan WTD dalam simpanan tetap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan inisiatif bagi menyokong bakat anak tempatan untuk bersaing dalam pertandingan melibatkan kesenian dan kebudayaan di pentas antarabangsa, agar potensi mereka dapat dimanfaatkan untuk mempromosi Malaysia dan menjana pendapatan negara menerusi industri kreatif.

Dato’ Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan jumlah dana yang telah disalurkan menerusi dana Pembiayaan Mudah Tunai untuk Pemula Niaga Teknologi (LIFTS) dan sejauh mana Skim Jaminan Dana Mikro Penerokaan Teknologi MDV mendapat sambutan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [ Kuala Kedah ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan implikasi yang berlaku kepada sektor pertanian akibat cuaca panas yang dijangka bakal berlarutan sehingga Ogos depan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah bagi meningkatkan peratus pampasan pekerja atau compensation of employees (CE) kepada KDNK yang setakat 34.8% pada tahun 2021 berbanding Singapura (39.9%), Korea Selatan (47.5%) dan UK (48.7%).
Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan terkini berkenaan penyelesaian di Palestin.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan jumlah subsidi ayam dan telur yang telah diberikan sejak pendekatan tersebut dilaksanakan. Sejauh manakah pemberian subsidi ini telah merangsang pengeluaran ayam dan telur negara sekaligus mengurangkan kebergantungan pada import bahan berkenaan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan mekanisme tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sekarang yang sangat tidak kondusif dan menyulitkan para penoreh getah.
Datuk Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah Centralized Living Quarters (CLQ) atau asrama pekerja yang telah dibina di seluruh negara beserta dengan kapasitinya dan apakah usaha kerajaan dalam mengurangkan karenah birokrasi rentas jabatan yang dihadapi oleh majikan yang ingin membina asrama untuk pekerja mereka.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [ Gua Musang ] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyemak semula syarat-syarat kewangan bagi memastikan perolehan tender tidak menafikan hak syarikat Bumiputera yang tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membentangkan laporan Jawatankuasa Khas mengenai Pengurusan Pekerja Asing yang dikemukakan pada 2019 kepada umum.
Tuan Zahari bin Kechik [ Jeli ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan menyatakan jumlah kerugian yang ditanggung oleh Kementerian setahun dari tahun 2015 sehingga 2023 akibat dari kebocoran kabel dan kecurian tenaga elektrik.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah [ Langkawi ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan berapa peruntukan yang diberikan kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian untuk menjayakan LIMA 2023.
Dato’ Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan sehingga kini sejauh mana industri Tenaga Boleh Baharu (RE) telah berjaya menarik pelaburan-pelaburan baharu dari negara luar ke Malaysia.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk membantu operator air yang menghadapi masalah kewangan terutamanya yang melibatkan pembayaran bil utiliti.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan ketika pembentangan belanjawan YAB Perdana Menteri mengumumkan akan ada syarikat korporat mengambil alih sepenuhnya pusat TVET sedia ada. Adakah Kerajaan mahu menswastakan TVET yang disediakan oleh Kerajaan selama ini. Sekiranya ada, mohon berikan perincian berkenaan syarikat korporat yang terlibat.

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [ Beluran ] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tingkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3% akan memberi tekanan berterusan kepada kos sara hidup serta kesannya kepada peminjam perumahan terutamanya golongan berpendapatan menegah dan rendah yang berdepan dengan peningkatan bayaran bulanan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan langkah bagi mengekang kesan negatif daripada teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang sedang cepat berkembang seperti ancaman keselamatan awam, perlindungan hak cipta dan harta intelek.
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan hala tuju terhadap cadangan penjualan tenaga boleh baharu (RE) kepada negara jiran dan implikasinya kepada keterjaminan bekalan tenaga lestari di Malaysia.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari [ Kuala Krau ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan tindakan-tindakan adaptasi perubahan iklim yang sedang dilaksanakan dan dirancang oleh Kerajaan.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta Menteri Kewangan menyatakan usaha Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap wang dolar AS bagi mengukuhkan ekonomi dan nilai Ringgit Malaysia.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob [ Gerik ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan Apakah perincian kos dan garis masa berhubung cadangan membina bangunan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu berhampiran pintu sempadan Antarabangsa Malaysia-Thailand.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan justifikasi lanjutan kontrak kepada Datasonic Technologies Sdn Bhd untuk membekalkan MyKad, MyTentera, kad MyPoca dan bahan habis guna kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan apakah Kementerian akan menjalankan proses tender terbuka selepas lanjutan kontrak ini tamat kelak.
Tuan Kalam bin Salan [ Sabak Bernam ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sudahkah Kementerian mengkaji krisis pergantungan keperluan makanan kepada import di negara ini. Contohnya: Import lemak haiwan halal/minyak sapi tulen. Sampai bila negara memilih untuk terus mengimport dan tidak berusaha untuk memiliki sendiri keupayaan menghasilkan minyak sapi tulin dari syarikat atau usahawan tempatan.
Tuan Rushdan bin Rusmi [ Padang Besar ] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah kaedah atau usaha oleh Kerajaan Madani dalam menstabilkan mata wang ringgit agar kembali ke paras RM4.1 berbanding USD kerana kadar masa ini sangat mencengkam terutama kepada pelajar-pelajar kita di luar negara.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [ Kuala Kangsar ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan :-
(a) status penciptaan pekerjaan mahir bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan pekerjaan termasuk perincian dan nisbah mengenai penciptaan pekerjaan mengikut negeri, industri dan sektor; dan
(b) status kajian ketidakpadanan pekerjaan terutama dalam kalangan graduan dari golongan berpendapatan rendah di bawah paras RM 4,000 berdasarkan kajian oleh Khazanah Research Institute.
Datuk Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilangan majikan yang tidak mematuhi atau mengingkari Perintah Gaji Minimum 2022 (PGM2022) dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap majikan yang gagal mematuhi peraturan tersebut.
Dato’ Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta Menteri Perladangan Dan Komoditi menyatakan apakah pelan perancangan Kementerian dan pihak industri dalam menstabilkan harga kelapa sawit di pasaran bagi membantu mengekalkan pendapatan pekebun kecil.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan berkaitan isu lesen bot nelayan yang belum dikeluarkan lagi kepada nelayan- nelayan di Parit Buntar yang ada bot tetapi tidak mempunyai lesen menangkap ikan sedangkan permohonan sudah diajukan.
Tuan Nurul Amin bin Hamid [ Padang Terap ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tindakan bagi mengekang kes ejen yang membawa masuk pekerja asing secara sah tetapi tidak memberikan penempatan pekerjaan untuk mereka.
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan inisiatif dilakukan oleh pihak Kementerian dalam negara berhadapan dengan cuaca panas ekstrem berikutan fenomena El Nino.
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana usaha Kerajaan untuk mewujudkan subsidi output atau subsidi produk dalam pertanian bagi mengalakkan pengeluaran produk pertanian.
Dato’ Azman bin Nasrudin [ Padang Serai ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah usaha Kementerian bagi menghapuskan budaya ‘orang tengah’ dalam sektor pertanian negara agar dapat menjamin pendapatan petani dan seterusnya mengawal peningkatan kos sara hidup rakyat bagi mendapatkan bekalan makanan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan usaha Kerajaan untuk menambah atau membina baharu pusat penyembelihan kekal dan sementara di Daerah Mersing bagi menampung permintaan dan pasaran tempatan yang semakin meningkat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [ Hulu Selangor ] minta Menteri Kewangan menyatakan perancangan Kementerian bagi mewujudkan pelepasan cukai tanpa had maksima kepada pencarum polisi takaful/insurans perubatan bagi menggalakkan generasi muda memiliki polisi ini untuk keperluan masa hadapan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi [ Tumpat ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil untuk membekalkan air yang boleh diminum kepada masyarakat terutama di musim kemarau yang ekstrem memandangkan negara kita kaya dengan punca dan sumber air semula jadi seperti sungai dan sebagainya dalam usaha meningkatkan bekalan air bersih di seluruh negara.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Besut ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kajian telah dibuat oleh pihak Kementerian untuk meminda beberapa bahagian dan klausa dalam SOSMA dan apakah statusnya sekarang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [ Machang ] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan sebagai anggota UNHRC bagi sesi 2022 – 2024 dalam memperkukuh dasar solidariti Palestin, termasuk melalui saluran PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menghentikan kekejaman berterusan regim Israel serta membantu rakyat Palestin yang telah dizalimi secara berterusan.
Dr. Radzi Jidin [ Putrajaya ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapakah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya tidak dinaik taraf sebagai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) mengambil kira jumlah penduduk yang jauh lebih tinggi pada hari ini berbanding ketika awal pembukaan Putrajaya.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan :-
(a) status terkini perancangan Kerajaan dalam meningkatkan taraf dan kualiti Skim Perumahan Anggota Polis; dan
(b) berapa jumlah permohonan pertukaran dan penempatan pegawai serta anggota polis sehingga kini, dan bilangan permohonan yang diluluskan serta asas pertimbangan yang diambil kira oleh PDRM.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan tindakan Kementerian dalam merancakkan peluang perniagaan kepada para pengusaha chalet dan homestay yang berskala kecil terutama di kawasan luar bandar.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan apakah status kemajuan perancangan Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jarak Jauh dan berapa industri yang sudah dilibatsamakan dalam program ini.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad [ Kepala Batas ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan :-
(a) jumlah statistik jenayah di Kepala Batas bagi tempoh 5 tahun dan langkah-langkah untuk mengurangkan kadar jenayah di Kepala Batas; dan
(b) berapakah kereta peronda yang boleh beroperasi di Kepala Batas dan tempoh jangka hayat boleh digunakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [ Arau ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan apakah status terkini projek tebatan banjir yang diteruskan melalui kaedah ‘fast-track’ tender terhad, mengambil kira kepentingan projek ini untuk dilaksanakan segera bagi mengurangkan impak bencana atau menanggung kerugian yang lebih besar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [ Parit Buntar ] minta Menteri Kewangan menyatakan program Wakaf Madani dengan aset bernilai lebih RM1 bilion dengan komitmen kepada sektor swasta sebagaimana yang dibentangkan dalam Bajet 2023, adakah Kerajaan sudah mengumumkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membangunkan wakaf secara keseluruhan.
Tuan Mohd Syahir bin Che Sulaiman [ Bachok ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan beberapa kesan perubahan iklim terhadap ekonomi Malaysia dan sejauh mana Kerajaan berjaya menanganinya.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap kehilangan 1.5 juta pelancong yang tidak dapat dikesan dan apakah jaminan Kerajaan terhadap jangkaan kemasukan 450 ribu kehadiran pelancong dari negara China ke Malaysia.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan tindakan pihak Kementerian bagi mengawal hakisan tebing pantai khasnya di kawasan tumpuan pelancongan seperti di Pantai Sepat dan Pantai Kempadang di dalam kawasan Parlimen Kuantan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [ Bagan Serai ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah- langkah pihak Kementerian dalam memastikan sektor pertanian di dalam negara dapat beradaptasi dan mengaplikasikan teknologi di dalam aktiviti pertanian dalam usaha mengoptimumkan pengeluaran hasil yang lebih efektif.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah Kementerian bercadang membina sebuah pusat pemprosesan durian di Kuala Krai yang merupakan salah satu kawasan pengeluar utama durian di Kelantan yang mempunyai buah yang berkualiti dan berpotensi tinggi iaitu mencecah hampir 15-20% untuk 100kg buah durian.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan kekangan daripada pihak Kementerian untuk menerima cadangan bagi membuka Pintu Masuk Kedua Taman Negara di Ulu Tembeling yang sudah mendapat sokongan dari pihak MOTAC.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor [ Kuantan ] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah prosedur yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan bersama institusi kewangan berkaitan proses lelongan rumah kediaman bagi pembeli yang bermasalah untuk meneruskan bayaran bulanan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan jumlah dana antarabangsa seperti Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF) yang telah diterima oleh Malaysia:-
(a) adakah pembiayaan tersebut membantu negara dalam pelaksanaan tindakan-tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim; dan
(b) berapa jumlah dana yang diterima oleh Kerajaan dan bentuk pembiayaannya serta langkah yang diambil oleh Kementerian jika pembiayaan tersebut tidak mencukupi.
Kapten Azahari bin Hasan [ Padang Rengas ] minta Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya menyatakan peruntukan oleh Kerajaan bagi meningkatkan fasiliti tempat tumpuan pelancong di kawasan Parlimen Padang Rengas Khasnya tempat tumpuan riadah di Sungai Ulu Kongsor, Padang Rengas memandangkan beberapa kemudahan yang tidak disediakan seperti tandas dan lain-lain.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil pihak Kerajaan dalam memastikan graduan TVET mendapat pekerjaan dengan gaji melebihi RM2,000 dan apakah usaha-usaha yang dibuat dalam meningkatkan penyertaan graduan wanita TVET dalam pasaran buruh Malaysia.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin [ Larut ] minta Menteri Kewangan menyatakan justifikasi mengenai cadangan menaikkan kadar caruman KWSP bagi majikan kepada 20 peratus dan sejauh mana ia tidak menjejaskan perusahaan makro, kecil dan sederhana (PMKS).
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan sejauh manakah pencapaian terkini Majlis TVET Negara yang ditubuhkan oleh Kementerian pada Februari 2021 dalam memperkasakan agenda pendidikan TVET dalam negara.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta Menteri Kewangan menyatakan pelaburan semasa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pulangan perolehan bagi kepentingan pencarum dan berapakah elaun bulanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [ Pagoh ] minta Menteri Kewangan menyatakan :-
(a) apakah strategi Kerajaan untuk menangani trend penurunan nilai mata wang tempatan yang memberi kesan kepada kadar inflasi dan secara tidak langsung membebankan penghutang; dan
(b) langkah Kerajaan untuk membantu perniagaan yang terjejas aliran tunai dan berkemungkinan gulung tikar ekoran kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak empat kali sepanjang tahun lalu.
Dr. Abd Ghani bin Ahmad [ Jerlun ] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan mengikut projek-projek seperti telah diumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk pembangunan di negeri Kedah bagi tahun 2023 dan adakah jumlah tersebut dimasuk kira peruntukan perkapita 2023 negeri Kedah.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin [ Tangga Batu ] minta Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim menyatakan :-
(a) tentang kedudukan dan status terkini Tanah Rizab Melayu di Melaka; dan
(b) berapa jumlah Tanah Rizab Melayu yang telah bertukar milik atau berubah status dan berapa hektar yang telah diganti semula.

Waktu Pertanyaan Menteri
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan Kerajaan bahawa perjanjian penyelesaian sempadan yang baru ditandatangani antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan merugikan negara khususnya kesan negatif terhadap aktiviti ekonomi maritim dalam jangka masa panjang. – HARAKAHDAILY 13/6/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!