Saudi sasar RM93 bilion pelaburan industri makanan

Pelaburan berjumlah RM93 bilion disasarkan Arab Saudi bagi menyokong pembangunan industri makanan di negara itu menjelang tahun 2035. (FOTO: AP)
- Advertisement -

RIYADH: Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menarik pelaburan bernilai AS$20 bilion (RM93 bilion) dalam industri makanan menjelang tahun 2035. 

- Advertisement -

Pelaburan itu akan digunakan untuk menyokong pembangunan industri makanan di negara itu yang termasuk tenusu, sektor roti, gula-gula dan minuman, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian tersebut merancang untuk memaksimumkan nilai beberapa tanaman pertanian di mana Kerajaan mempunyai kelebihan perbandingan. Kementerian itu juga menyasarkan untuk menggandakan nilai eksport daripada AS$3.7 bilion pada 2022 kepada AS$10.9 bilion menjelang 2035.

Matlamat tersebut adalah selaras dengan objektif Strategi Perindustrian Kebangsaan, yang bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan mampan industri makanan.

Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral,  Bandar Al-Khorayef berkata kementerian itu kini sedang mengusahakan beberapa projek, termasuk projek pembesaran bernilaiAS$1.2 bilion oleh Syarikat Almarai untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ayam itiknya; sebuah kilang produk ayam AS$120 juta oleh Arab Seara Food Industries, anak syarikat kumpulan GBS Brazil di Timur Tengah dan Afrika Utara; dan projek tuna dalam tin bernilai AS$133 juta, yang merupakan yang pertama seumpamanya di Saudi.

Al-Khorayef berkata pelaburan baharu itu akan mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor itu. 

“Pelaburan berkenaan juga akan membantu membangunkan kandungan tempatan dalam industri makanan dan menggalakkan eksport produk makanan Arab Saudi ke pasaran serantau dan global,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/6/2023

- Advertisement -