PEMBAHAGIAN kerusi dalam PH-BN masih belum dapat diselesaikan. Berbeza dengan PN yang sudah hampir menyelesaikan pembahagian kerusi.
Kenapa sukar PH-BN selesaikan pembahagian kerusi?
Ini kerana berlakunya pertindanan kelompok sasar bagi setiap parti. Sebagai contoh;
Umno akan berebut dengan PAN, MCA dan MIC bertembung dengan PKR dan DAP.
Melihat kepada suasana yang ada, pembahagian kerusi dalam PH-BN sukar dan mustahil untuk dimuktamadkan.
Andaikan mereka selesai bahagi kerusi dan berjaya meleraikan konflik dalam kalangan pemimpin PH-BN untuk pembahagian kerusi.
PH-BN akan berdepan pula dengan konflik seterusnya di peringkat akar umbi. Kerusi yang dibahagikan itu belum tentu direstui oleh akar umbi.
Konflik dalaman antara akar umbi akan timbul seterusnya membawa kepada protes dan boikot daripada akar umbi PH-BN.
Pengundi DAP boikot calon BN, manakala pengundi Umno juga protes calon DAP.
Oleh kerana itu dalam fasa pembahagian kerusi ini, PH-BN tersempit di tengah-tengah. Di antara tidak selesai pembahagian kerusi atau jika selesai pun akan berlaku protes akar umbi.
Kedua-duanya merugikan PH-BN. Apakah mereka bakal masuk ke medan PRN dengan luka yang parah setelah bertetak sesama sendiri? Nantikan.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 13/6/2023
Pembahagian kerusi PH-BN belum selesai: Ada konflik?
- Advertisement -