Kaum Cina, India isyaratkan sokongan kepada PN di N9

- Advertisement -

SEREMBAN: Negeri Sembilan dilihat sedang dilanda gelombang perubahan apabila rakyat pelbagai kaum menyerlahkan isyarat sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) menjelang PRN tidak lama lagi.

Pengerusi PN Negeri Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengakui teruja melihat kehadiran ramai daripada kaum Cina dan India pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, di sini sebentar tadi.

“Ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia sama ada Melayu, Cina, dan India, mereka tidak lagi takut dengan PN seperti yang didakwa, dipropagandakan, didakyahkan oleh Tan Sri Lim Kit Siang bahawa ini adalah gelombang hijau.

“Orang-orang Cina dan orang-orang India jangan takut dengan PN. Mereka patut lebih takut dengan perompak perasuah dan mereka yang tidak boleh dipercayai yang memerintah negara pada hari ini.

“Di depan kita adalah gelombang rakyat, gelombang anak muda yang sudah bosan dengan gelagat dan sandiwara manusia yang ada di Putrajaya itu. Kadang-kadang kita tak tahu, siapa Perdana Menteri Malaysia ini. 

“Kita tak tahu dia nak jadi selebriti ke, dia nak jadi penyanyi ke, dia nak jadi pelari ke, apa lagi, dia nak jadi pelaku…. ha, ha,” ujarnya merujuk kepada pentadbiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Azmin turut mengulangi beberapa kegagalan kerajaan Anwar yang pernah disebutnya melibatkan pengurusan kewangan dan ekonomi serta pelbagai janji tidak tertunai berbanding pentadbiran Kerajaan PN sebelum ini. –  HARAKAHDAILY 10/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -