Beri sokongan kepada media rasmi PAS

- Advertisement -

PORT DICKSON: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli PAS agar terus memberi sokongan kepada media rasmi parti, Harakah.

- Advertisement -

Katanya, adalah kurang wajar ahli-ahli PAS memulau akhbar sendiri sebaliknya melebihkan sokongan kepada media lain.

“Hodoh-hodoh pun akhbar kita, jangan pulau media kita,” kata Presiden PAS itu pada majlis dialog sempena Liqa’ Fikri di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, sekiranya terdapat kekurangan, sama-samalah memperbaikinya.

Beliau yang juga Ali Parlimen Marang berkata demikian bagi mengulas saranan yang diajukan peserta dari Kedah.

Peserta terbabit menyarankan agar pihak atasan parti mengambil langkah tertentu agar akhbar rasmi PAS itu menjadi pilihan terutama ahli parti sendiri.

Tuan Guru pada sesi pembentangan kertas kerja mengakui media antara saluran penting menyampaikan pendirian PAS berkaitan kemasyarakatan terutama melibatkan orang bukan Islam. – HARAKAHDAILY 10/6/2023

- Advertisement -