RALAT: Ahli Umno Tmn Dato’ Hormat keluar parti, sertai PAS

- Advertisement -

SERAMAI kira-kira 48 anggota Umno cawangan Taman Dato Hormat, Telok Panglima Garang, Selangor mengisytiharkan keluar parti dan menaja penubuhan PAS Cawangan Taman Dato’ Hormat semalam.  

Kesemua mereka mengisytiharkan keluar parti pada majlis khas malam tadi dan menyerahkan borang keahlian PAS, diketuai oleh Ketua Cawangan Umno Jalan Palas, Taman Dato Hormat, Tuan Haji Nazli Abdul Manap yang juga merupakan Ketua Rukun Tetangga di kawasan kejiranan tersebut.

Majlis itu juga turut disaksikan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi selaku Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang.

Mereka yang keluar daripada parti itu terdiri daripada ahli Umno seumur hidup bagi cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang. 

Majlis diadakan di kawasan Rukun Tetangga di Telok Panglima Garang.  

PAS Selangor menjangkakan lebih ramai lagi anggota Umno yang akan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti keramat itu dan berasa kecewa dengan segelintir pemimpin Umno yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggadai prinsip perjuangan membela agama, bangsa dan negara selain tidak sanggup menerima perjuangan DAP.

PAS bersama rakan-rakan di Selangor komited membina Negeri Selangor yang bersih, stabil dan prihatin sejajar dengan slogan ‘Selangor Baharu’ yang baru dilancarkan pada awal bulan ini di Tanjong Karang.  

HAJI ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR 
Setiausaha Perhubungan 
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
9 Jun 2023 / 20 Zulkaedah 1444 – HARAKAHDAILY 9/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -