Liverpool beli semula Melwood untuk skuad wanita

- Advertisement -

Liverpool bersetuju dengan perjanjian untuk membeli semula bekas tempat latihan kelab itu, Melwood dan mengumumkan perancangan untuk mengubahnya menjadi “kemudahan latihan elit” pasukan Liga Super Wanita (WSL) kelab itu.

- Advertisement -

Pasukan lelaki Liverpool mula-mula berpindah ke Melwood pada 1950-an, dengan pengurus legenda Bill Shankly mengubahnya menjadi kemudahan latihan terkemuka pada 1959. Mereka kemudian berpindah ke tapak baharu di Kirkby pada 2020.

“Hasratnya ialah Melwood akan menawarkan kemudahan elit yang membolehkan pasukan pertama wanita Liverpool terus bersaing di peringkat tertinggi, menarik, membangun dan mengekalkan bakat terbaik dalam permainan,” kata Liverpool dalam satu kenyataan.

Liverpool menduduki tempat ketujuh dalam WSL pada musim pertama mereka kembali ke liga teratas selepas tersingkir pada 2020. Liverpool memenangi WSL pada 2013 dan 2014. – REUTERS

- Advertisement -