Tubuhkan Jabatan Warga Emas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Datuk Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) membangkitkan cadangan penubuhan Jabatan Warga Emas bagi membantu golongan berkenaan menjalankan kehidupan yang sejahtera.

- Advertisement -

Menurutnya, penubuhan jabatan itu turut terkandung dalam dokumen tawaran PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Adakah kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan jabatan tersebut,” katanya bertanyakan soalan tambahan ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Dr Mohd Radzi berpandangan bahawa antara faktor yang menyumbang kepada penuaan penduduk negara ini adalah kerana kadar kelahiran yang rendah.

Sehubungan itu, beliau ingin tahu perancangan kerajaan untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu kadar kelahiran yang rendah.

Sementara itu, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, secara peribadi bersetuju dengan penubuhan Jabatan Warga Emas.

Bagaimanapun, katanya kementerian tidak mempunyai sebarang mempunyai maklumat mengenai perkara itu memandangkan masih dalam perancangan.

“Mengenai isu kadar kelahiran rendah, perkara ini boleh dibincangkan bersama Kementerian Kesihatan,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/6/2023

- Advertisement -