SPM: 140 pelajar YIK dapat 9A hingga 12A

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 25 sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) mendapat kelulusan 100 peratus peperiksaan SPM 2022 yang diumum hari ini.

- Advertisement -

Seramai 140 pelajar memperolehi 9A hingga 12A, di mana 48 orang daripadanya memperolehi A dalam semua mata pelajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Maahad Sains Tok Guru muncul sekolah terbaik YIK.

Kemudian diikuti Maahad Tahfizi Al Quran dan tempat ketiga Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

“Sekolah terbabit merupakan sekolah terbaik kategori maahad kawalan.
Manakala Maahad Muhammadi Pasir Pekan muncul sekolah terbaik kategari maahad pilihan diikuti Mahaad Saniah Pasir Puteh dan Maahad Muhammadi Tumpat.

“Bagi kategari maahad kerajaan pula, Maahad Syamsul Maarif (Perempuan) tempat pertama, kedua Maahad Al-Sabirin Ayer Lanas dan ketiga Maahad Raudhah An Nazirin Jerimbong,” katanya pada sidang media di Pejabat YIK hari ini.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, peratus kelulusan penuh SPM 2022 sekolah YIK iaitu 95.89 peratus berbanding 94.82 peratus (2021), meningkat 1.07 peratus.

Katanya juga seramai 5,084 pelajar YIK menduduki peperiksaan berkenaan, berbanding 5328 orang (2021). – HARAKAHDAILY 8/6/2023

- Advertisement -