Rakyat Selangor usah terperangkap agenda PH

Dr Wan Nik Wan Yussof
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mempertahankan Kedah, Perikatan Nasional (PN) menguar-uarkan kempen ‘Sayangi Kedah’ bagi mengajak rakyat menyokong kerajaan negeri yang ada sekarang.

- Advertisement -

Pengarah Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, rakyat Kedah diajak sama-sama mempertahankan kerajaan negeri yang dipimpin Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, situasi di Kedah agak berbeza di mana krisis dalaman Pakatan Harapan (PH) menyebabkan kerajaan negeri beralih terajui kepada PN.

“Pada Pilihan Raya Umum 2018 mandat rakyat kepada PH tetapi berlaku gelombang di peringkat nasional maka jatuh kerajaan PH dan naik kerajaan PN diketuai PAS,” katanya di sini.

Oleh itu kata beliau rakyat Kedah boleh menilai sendiri kejayaan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PN sekarang.

Dr Wan Nik yang juga Pengarah Pilihan Raya As-Sabiqun PAS Pusat berkata, di Selangor pula digerakkan kempen ‘Selangor Baharu’ bagi membawa politik masa depan lebih cemerlang di Selangor di bawah PN.

Menurutnya rakyat Selangor diharap tidak terperangkap dengan agenda PH yang banyak ‘kantoi’ sepanjang mentadbir negeri itu sejak 2008. – HARAKAHDAILY 8/6/2023

Tunggu ulasan lanjut dalam Harakah cetak edisi Isnin ini.

- Advertisement -